Wednesday 4 May 2011

Sangkut jer la..

As salam...
Gadis nak share telatah baby yang mak gadis jaga...
Namanya Ashraf Firdaus...
Bru 2 3 hari ibu n ayah die belikan 'walker'...

Bosanyer duk dalam benda alah nie (-_-)"

Bile la ada orang nak dukung aku nie (~.~)"

Tapi...ni la reaksi die tiap kali duk dlm 'walker' 2..
Macam xberminat jew...
Walaupun xde kije lgi...
Gadis xbosan duk umah...terhibur dengan telatah si cilik ni...

Wassalam ^^

Akulah penganggur terhormat :D

As salam...
Da 2 3 hari gadis xupdate blog ni...
Da berabuk pun..huhuhu
Ble da xkje a.k.a practical nie..
Jarang plak duk depan lappy...
2 yg payah nk up date...

Paractical da hbs...
2 3 job apllication yg gadis da hntr...
Da dpt feedback...
Sumenyer hampa...
Mungkin masih belum ade rezeki tuk gadis...
InsyaAllah...rezeki Allah ade di mana2..
Yg penting usaha...

Rutin harian skrg mcm base la...
Pagi2...
Hantar adk g skool...
Hantar adk g kje...
Kat umah jdi baby sitter...

Tengahari...
Jemput adk dri skool...
Tolong mak kt dapur...

Petang...
Jemput adk balik kije...

Malam..
Lepak2...tgk tv...
Xpun ajr adk wat homework...

Itu la kehidupan gadis sekarang...
Ble lagi nk tolong famly...
Sekarang la...mse xde kje lg ni...
Drpd buang mase mcm 2 jer..baik tolong mak ayah...
Dapat gak ganjaran tuk kt cne nnt..InsyaAllah

Wassalam ^^

Sunday 1 May 2011

X d'terima

As salam...
Huhuhu....
SV xaccept my request...
Ermmm...xle wat pe la...duk umah je la....

Bermula la kisah gadis sbg seorng penganggur terhormat...
Xpe..InsyaAllah...
Rezeki Allah ad d'mana2...
Yang penting usaha...Jgn putus asa...

Wassalam ^^

Saturday 30 April 2011

Lucky ;D

As salam...
Sukeee...
***********************************************************

Jason Mraz & Colbie Caillat - Lucky

************************************************************
Wassalam ^^

Selalu Ada...

As salam...
This song is special to my dear...
Thankx 4 da besday song :D

***************************************************************


(Aiman)
Dari dulu,
tanpa jemu hanya satu,
dalam rindu..

(Heliza)
Hari-hari kumenanti,
dengan erti mengasihi..

(Aiman)
henur waktu yang berliku,
masih mahu bersamamu..

(Heliza)
Memahami,mengenali,
tiada lagi menyendiri…

c/o(Aiman / Heliza)
Kau selalu ada, tika gelisah,
kau beri senyuman, bila kuresah,
kau janji setia, setiap kisah,
hingga berjauhan, tetap di wajah..

Dan..terindah

(Aiman)
Seringkali takkan pergi,
silih ganti,teman ini

(Heliza)
Mula temu,malu mahu..
musim lalu,kita pilu

(Aiman)
Percayai tak mungkiri..
demi suci tulus hati..

(Heliza)
Sinar bayu, menyisir sayu..
kepadamu,dariku..

ulang c/o
Terima apa saja bezanya semua kita..
kebenaran kejujuran…

ulang c/o(2x)
Kau selalu ada
selalu ada..woo..ada kita...


(Aiman feat Heliza)
***************************************************************
Thankx Dear


Wassalam ^^

Email the xtend request already..

As salam...
Gadis juz sent email to my SV...
Now, waiting for his decision..
Honestly, I'm nervous with my decision to xtend my practical training...
It is a right decision or not...
Hopefully...gadis can do better than b4...

Ya Allah, help and guide me in every single thing in my life...
Amin...

Wassalam ^^

Friday 29 April 2011

Xtend Lagi?!!

As salam...
SV ckp dia ade offer kt gadis untuk xtend lg prac ni...
Tapi gadis xperasan pun mase bile die ckp...
Oke2...mmg ade die ckp tapi igtkn juz gurau jer...
Hari ni die ckp serius plak...

Gadis da tolak...
Tapi rame yg ckp fikir balik...
Errrmmmmm....
Tgh konpius ni...
Tapi kalau gadis nak Xtend...offer msh valid ke

Esk gadis nak try email kt SV...
Coz die da blk JB...
Maklum la..cuti 3 hari...
Tgk ape feedback die...
Hopefully diterima la....

Wassalam ^^

It's My Day...

As salam....
Alhamdulillah....
Berjuta2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi...
Dengan iziNyer...hari ini tiba...

Gadis bersyukur dengan segala nikmat dan kasih sayang yang sentiasa diberikan olehNya...
Begitu juga buat mak ayah, adik beradik dan famly...
Gadis gembira dan bagga dilahirkan dalam keluarga ini....
Gadis gembira dan bagga dilahirkan sebagai diri gadis, seorng muslimah, seorng b'bangsa Melayu...
Selama hidup ini, byk dugaan dan pengalaman yang ditempoh....
Tetapi masih banyak lagi dugaan yang mununggu giliran untuk ditempoh...

Semoga Allah memanjangkn umur gadis...
Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan pada gadis...
Supaya dapat gadis menggunakan umur yang mendatang untuk b'ibadah kepadaNya....
Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah...
Untuk gadis mendekatkan diri padaNya...
Semoga Allah memurahkan rezeki gadis...
Dan diberi rezeki yang halal...
Amin..

Selamat hari lahir ke 26...
Alhamdulillah...Terima Kasih ya Allah...

Wassalam ^^

Thursday 28 April 2011

pRACTICAL DA NAK HBS...

As salam....
Semalam xsempat nk b'blog....
Byk kje...bukan kje sndr..
Tapi tolong adik yang practical skali...

Byk pengetahuan baru....
Byk pengalaman yang gadis dapat...
Dapat peluang untuk gunakan ape yang telah gadis blaja kat U dlu...
Walaupn gadis byk mengadu psl practical ni...
Tapi gadis puas...ini adalah salah satu cabaran hidup....

Dalam byk2 cabaran dan dugaan dlm hidup ni...
Yang paling menyakitkan dan menakutkan adalah...
Perkara yang berkaitan dengan perhubungan lelaki dan perempuan...
Yang melibatkan perasaan...
Sgt takut dan sakit untuk dihadapi....

Lepas ini cabaran kehidupan yang sebenar akan bermula...
Cari kerja...resume...application letter...interview...
Kehidupan sendiri...rumah..kereta...
Suami dan anak2?!
Ermmmmmmmmm......
Klu ade rezeki dan keizinan Allah...
Atau sambung belajar semula...InsyaAllah

Bagaimana kehidupan gadis di masa akan datang.....
Tak siapa tahu...hanya Dia yang mengethui segala...

Alhamdulillah....
Atas segala kenikmatan dan dugaan yang telah Kau kurniakan pada gadis...
Terima Kasih ya Allah....

Wassalam ^^

Tuesday 26 April 2011

Ya Allah..kurniakan aku seorang suami yang soleh

As salam...
Ni gadis nak share note yang gadis terbace kt FB...
Semoga menjadi panduan dan pengajaran...
***********************************************************************

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya
*********************************************************************************

Wassalam ^^

Prove it...

As salam...
Everything should have prove...
Even in love...
If he said he love u...yes he love u...
But how many...

Macam tu gak dalam setiap ape yang kita buat...
Fakta adalah penting untuk m'buktikan dan m'iyakn sesuatu...
Kecuali dalam bab2 ghaib...
Itu semua urusan Allah...
Kita perlu percaya yang ia wujud....

Dalam engineering...bukti sgt perlu...
Angka2 dan nombor2 sgt penting...
Keep it in ur mind gadis...
Everything should have prove...

Wassalam ^^

I'm feel superb (^_^)

As salam...
Alhamdulillah...
Allah dah sinarkan mentarinya....
Terima kasih Ya Allah....

Pagi2 lagi gadis da rasa gembira...
Syukur padaNya kerana mengurniakan nikmat gembira ini...
Bila datang kije...SV cri...riso gak...
Ingatkn die nak marah...

Rupe2nyer dia nak tanya kenapa gadis 'down'...
Dah xb'semangat macam 3 bln lps...
Pas2 die motivatekan gadis...
"I want to show u the real world and"....
"Train u to face it"...
"I want to build the confident in ur self"...
Thank you Mr. Kumar...
Gadis very appreciate that...

Sempat lagi gadis bercerita dengan SV for the last time...
Rasa sedih plak da nk habis practical ni....
Gadis mintak maaf cz make my SV disappointed with me...
Huhuhu...gadis xdapat siapkan projek 2...
Thankx jugak cz sudi jdi 'my reference...'

BEST and worse memory ever....
Terima kasih Ya Allah...
Andai tiada dugaan ini...
Tiadalah kemanisan hidup ini...

Way to be happy
Wassalam ^^  

Monday 25 April 2011

Pengembaraan Baru Bermula

As salam...
Thank you my dear...
Selalu support gadis...
Selalu bagi sokongan moral...
Walaupun gadis m'ganggu dear...

Cabaran belajar xsme dgn cabaran kerja...
Ya, gadis faham 2...
Gadis akan igt selalu...
Sebelum ni gadis hanya dgr ayt sje...
Sekarang gadis dah merasainya...

Tiap kali gadis down...
Dear selalu naikkn semangat ni semula...
Terima kasih dear...
Pengembaraan gadis baru sahaja bermula...
Gadis harap...
Dear dpt nasihatkn gadis lg pd mse akn dtg...

Wassalam ^^

Bila tertekan..tension...

As salam...
Bila gadis 10sion and xde mood langsung....
Apabila gadis tertekan....
Gadis suka....

Give him a massage...juz call his name...
He will reply..'yea dear'
Although it's mean nothing to him...
But it is enough to make gadis happy..



Tengok cute thing...
Cup cake...anime yang comel2...
Permandangan...
Xkire r p'mndgn tepi pantai...
Dlm hutan...air terjun...binatang...
Dessert...yumm..sdp & cantik...

Yang paling utama adalah mengadu pada Dia...
That is the main thing gadis akan buat....

Wassalam ^^

Mengecewakan (~.~)"

As salam...
Sebelum ni gadis ada apply DPLI....
Sangat2 berharap dapat....
Sume candidate yang apply pun harap mcm 2 kn...

Tapi apa kn daya...
Xde rezeki....



Mungkin ada yang lebih baik buat gadis...
Hanya Die yang mengetahuinya....
Sekurang-kurangnya...gadis cuba dengan peluang yang diberi...

Serahkan segalanya padaNya...
Dia mengenali gadis lebih dari diri gadis sendiri....
Pasti ada pilihan lain yang lagi sesuai buat gadis...
Bersyukur...usaha...tawakkal padaNya...
Itu yang pasti...

Wassalam (-.-)

Family Day 2011

As salam...
Malas nak cite pjg2..
Describe dari picture je la....
Hihihi...

Xcantik sgt cz edit pakai 'Paint' jer :(


Pemenang keseluruhan jatuh kepada rumah Hijau...
Tahniah...tahniah....
Anyam ketupat pun rumah hijau menang....
Hihihi....

Wassalam ^^

Anyam Ketupat...

As salam...
Da lame xupdate 'Lagu-lagu Kehidupan Ku' ni...
Bzy skit 2 3 hari ni...Family Day
Maklum la...gadis masuk pertandingan mengayam....
Hihihi...Da lme xmengayam...Kan base tym raye je ngayam ketupat ni...
Kne la b'latih skit...

Ketupat nasi
Wassalam ^^

Friday 22 April 2011

Cik Marikh g Labuan....

As salam...
Cik Marikh baru hantar msg....
Ckp die g Labuan....
Bestnyer...nak ikut gak....
(-_-)

Nmpknye xde la org yang gadis blh kacau...
Bosanyer...
Biapun ade kje..sempat lg nk kacau...
Itu xbagus ye cik pluto...
No NO nO....

Xpe la...
Ade 1/2 jam je lg waktu kje...
B4 break time...
Sabo je la...

Wassalam *_^

Benci 'Oyem'

As salam...
Hari ni datang practical macam base....
Walaupun smlm da MC...
Tapi hari ni tetap rse malas da nak kje...
Hati masih merajuk ngan project ni...

Kklu ikutkan rse marah ni...
Nak je sumpah pintu oven 2 supaya xkan jdi automatic smpi ble2...
Tapi kalu difikirkan balik...
Kasian plak operator2 yang gne oven 2...

Tapi wahai operator2 sekalian...
Gadis mintak sowwy sgt...
Gadis xdpt nk automatekn oven 2..
Pihak atasan xstuju lorr...
Maybe sbb gadis ni hanya budak practical..

Wassalam *_*

Wednesday 20 April 2011

Still Same..(-_-)"

As salam...
Da masuk suku ke 2 hr ni...
Still msh xde mood nk trskn project ni...
Kesedihan menjadi2...
Jap2 nak nangis pun ada....

Alarm 


Nak wat mcm mne ni...
Bknyer xprnh kne mrh ngan SV mcm ni...
Tp hari ni hormon sensitif terlebih plak...
Huhuhu...

Tapi xsangka....
Beberapa ayat dari Senior Engineer wat gadis rse lega skit...
Terima kasih Senior Engineer (abg Rozi)...
P rse kecewa dan sedih 2 tetap ade...
Terasa mcm ade satu ketulan yang terkurung dalam diri ni...

Semoga esk lebih baik dari hari nie...

Wassalam (-_-)

SOO Sad & Disappointed (~.~)"

As salam...
Pagi2 lagi gadis da 'down' hr ni...
Sgt sedih dan tidak ada mood...
Nak wat pe2 pun sgt malas...
Hari ni pagi2 lg gadis da wat presentation tuk project assgment...

Lepas explain2...SV x satisfied ngan pe yang gadis da wat...
SV ckp xkan lps 4 bulan msh xnmpk pe2....
Rasa sgt tertekan....
Terasa sangat tidak pandai...
Sangat rendah diri....
Apa la yang gadis belajar selama ni...
Soalan 2 duk berlegar2 kat dalam kepala ni dari pagi tadi...
Lekeh sangat ke...
Macam mana nak follow diorng punyer rentak ni...
Macam mana la gadis nak jadi engineer klu mcm ni....
Suruh wat project kecik2 mcm 2 pun...xdpt selesaikan...



Ya Allah,
Gadis tahu ni cumalah satu dugaan yang kecil dariMu....
Mengapa gadis terlalu mudah untuk berputus asa...
Coretan ini bukanlah keluhan ku...
Gadis hanya mengadu....
Gadis merayu ya Allah...
Tolong kuatkan semangat, jiwa dan hati gadis untuk menempuhi semua ini...
Ini hanya sebahagian dari dugaanMu di dunia ini...
Tolong jangan buatkan gadis terlalu risau dengan dugaan dunia ini....
Sehingga terlupa pada perkara yang lebih merisaukan lagi....
Iaitu perkara2 dan balasan2 yang akan ditempuh di alam yang kekal abadi....
Bantu la gadis ya Allah...
Lancarkan segala urusan gadis di dunia ini....
Begitu juga diakhirat.....

Wassalam (-_-)

Tuesday 19 April 2011

Menari?!...xDe dee...

As salam...
23 April ni ada Family Day tuk pekerja2...
Tempat gadis practical sekarang ni...
Sume pekerja dibahagikan m'ikut warna rumah...
Nama gadis disenaraikan dalam rumah hijau....

Base r...mesti byk program yang diatur kn...
Persembahan...pertandingan...
Setiap rumah kne wajib wat persembahan...
Family Day kali ni bertemakan kampung....
Jdi setiap rumah kne wat persembahan...Joget Pahang..

Joget Pahang

P ade ke patut ahli2 rumah hijau suruh gadis masuk persembahan 2...
Eeeee....xde de
Klu nak tukarkan Joget Pahang 2 ke tarian pak pacak blh la...
Jadi tiang lampu...
Lgpn gadis xminat benda2 mcm 2...

Rse mcm jdi bahan tatapan plak...
Tidak ditujukan pada sesiapa, itu hny apa yang gadis rasa untuk diri sendiri....
Lgpn sebagai seorng muslimah...
Perlulah bersederhana...
Setiap perhiasan yang ada hanya tuk tatapan suami dan keluarga....

Buat semua ahli rumah hijau, jangan terasa yer...
Sowwy sgt2...
Gadis xsanggup jdi pak pacak ditengah khalayak ramai...
Huhuhuhu....

Wassalam (^^)"

Berpeluh-peluh...

As salam...

Cuaca kt pelabuhan Kuantan hari ni sungguh la panas....
Hari ni gadis temankan adik yang practical skali g plant...
Dia kne wat P&ID...
Ataupun name panjang die 'Piping & Instrumentation Diagram'...
Kteorng kne ikut pipe line tuk angin...

Sangat la susah yer...
Nak kne menjejak line2 pipe 2....
Da la line2 pipe 2 mcm x d'design dgn terperinci....
Pakai sambung je mane2...
Huhh....

Klu da berjemur tengah2 panas 2...
Tambah pulak dengan haba2...
Yang disumbangkan oleh mesin2 disekeliling...
Memang berpeluh-peluh...
Xyah susah2 da nk g sauna....


P walaupun macam 2...
Gadis suka cz byk benda yang boleh d' explore...
Hihihi...
Lagipun cuaca ni pun anugerah Allah....
Alhamdulillah...
Cuaca panas yang ceria...

Wassalam ^^

Monday 18 April 2011

Istimewa buat makhluk Marikh...

As salam...
Istimewa buat makhluk Marikh...
Makhluk Marikh ni best pwen gadis...
Ktorg kwn dr sekolah teknik lg...
Wlupun course lain2..


Dlu gayanya nmpk ganas...p baik hati...
Makhluk Marikh ni mudah nangis...
Walaupun ganas..p hatinya mudah tersentuh....


Sekarang da jdi ladies...gadis suke...comel
Sekarang makhluk Marikh da pndi make up...
Pakai baju kurung...
Sangat sweet..


Gadis harap sgt...
Lelaki yang telah ditakdirkan untuknya...
Akan bahagiakn makhluk Marikh....
D'dunia hingga la ke akhirat...


Gadis windu sgt2 ngan makhluk Marikh...
Da lme sgt kami xjumpe....
Sangat rindu...


Ikhlas dari makhluk Pluto buat Cik Chinta


Wassalam ^^

Memory Abadi...

As salam...
Klu start cite bab memory ni...
Mest byk definisi yang boleh di bayangkn...


Klu memory 2 memory indah...
Sangat bahagia dikenangkan....
Klu memory pahit....
Sangat la takut..sedih...
Menggigil pun boleh jadi...klu dikenangkan....
Huhuhu...


P gadis pun x ketinggalan gak...punyai memory sendiri...
Basenyer manusia sgt sukar tuk lupekan memory yang pahit...
Memory yang sgt menyakitkan...
Mule2 mmg la cdey...
P ble da nampak hikmah disebaliknya...


Pasti kita tidak akan putus2 bersyukur padaNya...
Setiap apa yang telah direncanakan olehNya....
Pasti ada sebab dan kesesuaian bagi insan yang didugaNya...
Dia tidak akan menduga manusia itu dengan dugaan yang tidak boleh ditanggung olehNya...


Alhamdulillah...




Bersyukur la dengan dugaan yang diberikannya...
Dugaan2 itu juga dapat membantu memadamkan dosa2...
Seandainya manusia itu bersabar....


Tanpa kita sedari...
Sukar untuk kita...
Bersyukur dengan nikmatNya....
Bersabar dengan dugaanNya...
Tetapi....cubalah..
Skali skala sedar dari lamunan kenikmatan dunia ini...
Sesungguhnya ia hanya sementara...



Alhamdulillah...
Gadis sangat bersyukur...
Terima kasih ya Allah...
Amin...



Wassalam ^^


  

Jangan Lambat-lambatkan..

As salam,
Petikan email yang dipanjangkn oleh sahabat2...
*******************************************************************
Rupa-rupanya ada cerita
kalau kita lewatkan sembahyang kita yea

Jika berpuasa
Amalan kita direct terus padaNya
Tapi
Jika bersembahyang
Ada posmen pula
Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya…..
Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita
Pada Ilahi

Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Di mana setiap penjaga tol
Kroni malaikat juga

Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan
Untuk dinilaikan

Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah….

Di langit pertama
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan
Tetapi…

Penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderai…
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua
Samalah juga
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,
La…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai….
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka…
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa

Ish….
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti

Ya Allah…
Ampunkan kami…
Kerana lalai…
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang

Solat boleh ditunaikan dimana2


Jadikan hati kami
Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi
Di hari akhirat kelak.
***************************************

Amin...

Wassalam^^